salam.
haa.. akhirnya jumpa artikel ni kat i luv Islam.Ramai yang musykil pasal hal ni...
Soalan
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
credit to : i luv Islam.
paham? tu yang budak-budak suka dok kapel break kapel break tu haku tak tahu la macam mana. aku dah dok fikir-fikir zaman sekolah kapel bodoh-bodoh dulu. kot-kot aku terlepas cakap ke kan. tak pasal-pasal pernah jadi tunang orang. haishh.. aku mana main kapel-kapel ni. angkat berangkat pun tak pernah. er.. pernah kot sekali? ;p
jadi tunang orang tanpa sedar. kita ni manusia kalau dah di lamun cinta, lautan api sanggup ku renangi. pehh.. tolong kat dapur pun liat. suruh bukak api je kot? *emo.
plus,
"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat." - Rabie Rusdi
tapi adat melayu bukankah tidak galakkan lelaki datang ke majlis tunang? hanya bakal ibu mertua sahaja yang sarungkan cincin. tapi aku tengok sekarang majlis tunang macam majlis nak bernikah. gah! almaklumlah ada duit. tapi Islam tidak mahu umatnya membazir. cukuplah sekadar menyempurnakan hukum.
ikutlah mana-mana adat pun asalkan tidak melanggar hukum. ada tempat yang molek jika lelaki datang sekali mendengar tapi tak dibenarkan menyampuk. kan orang dah kata ''budak kecik jangan menyampuk hal orang tua-tua.''
dah nak jadi laki orang pun budak kecik lagi ke? KehKehKeh..
manelah bakal tunang aku nie..hehuuuuu..~
No comments:
Post a Comment